Sunday, November 23, 2008

PRODUK & PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Khidmat Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D).
Fajar Trade menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari segi teknologi pemakanan ternakan, pertanian, penternakan dan akuakultur dengan usahasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pelbagai agensi kerajaan dalam memantapkan perkembangan teknologi pertanian. Dengan teknologi dan pengalaman yang ada, Fajar Trade sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk organik dari semasa ke semasa. Melalui perpindahan teknologi pertanian moden dan inovasi kepada para pengusaha, Fajar Trade dapat memberi impak yang positif dalam industri agro negara.

Khidmat Sokongan Latihan.
Sebagai pengusaha yang baru menceburi dalam bidang pertanian, latihan amatlah diperlukan untuk melahirkan usahawan yang dedikasi dan berwawasan. Dengan adanya tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang akuakultur serta kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia dan agensi kerajaan, Fajar Trade menganjurkan pelbagai jenis kursus serta seminar sama ada dalam bentuk teori dan juga praktikal kepada pengusaha-pengusaha yang berminat untuk menceburi bidang akuakultur dan agrikultur.

Khidmat Nasihat Teknikal & Pengawalan Mutu.
Khidmat nasihat teknikal dan pengawalan mutu juga disediakan kepada pengusaha-pengusaha bagi memastikan Program Penternakan Adalah Perniagaan berjaya dilaksanakan. Pemantauan yang berjadual adalah amat penting bagi memastikan mutu dan kualiti produk berada dalam keadaan yang terkawal. Memandangkan pengusaha-pengusaha mendapat suntikan modal dari segi pinjaman, adalah menjadi tanggungjawab Fajar Trade memastikan pengusaha-pengusaha mempunyai arah tuju dan garis panduan dalam menjayakan program ini dan seterusnya merialisasikan misi utama syarikat untuk melahirkan modal insan. Program ini juga akan dipantau oleh beberapa agensi kerajaan dan juga swasta supaya pelaksanaan Program Penternakan Adalah Perniagaan ini berjalan dengan lancar dan efektif.

Pengeluaran Makanan Rumusan.
Pemakanan yang baik, berkualiti dan berjadual akan memberi impak yang positif kepada pertumbuhan ternakan. Justeru itu, Fajar Trade menjalinkan kerjasama dengan pengilang makanan ternakan tempatan untuk merumus nutrisi makanan ternakan yang berkualiti bagi menghasilkan produk asas tani yang bermutu dan berdaya saing dengan kehendak pasaran.

Khidmat Rekabentuk & Membina Infrastruktur Ternakan.
Di samping inovasi dan teknologi yang dimiliki oleh Fajar Trade dalam bidang pertanian, penyediaan infrastuktur ternakan juga dibuat oleh Fajar Trade supaya spesifikasi infrastruktur ternakan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan. Dengan kerjasama vendor dan kontraktor yang dilantik, ciri-ciri spesifikasi kolam- kolam kanvas yang dibuat adalah seragam dari segi fizikal dan material.

Platform Pemasaran.
Fajar Trade akan menjadi penaja dan membeli balik produk-produk organik yang dihasilkan oleh pengusaha dalam program ini. Fajar Trade akan meningkatkan produk tambah nilai dan kepelbagaian melalui Intergrated Quality Management Program sebelum produk organik tersebut sampai ke tangan pengguna. Fajar Trade akan membuat penjanjian beli balik hasil penternakan secara bertulis supaya masalah pemasaran kepada pengusaha-pengusaha dapat diselesaikan.

No comments: