Sunday, November 23, 2008

Pengenalan

Fajar Trade adalah merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada untuk menyahut seruan kerajaan dalam menjana ekonomi rakyat Malaysia melalui pertanian, khususnya dalam bidang akuakultur dan penternakan. Dengan mengaplikasikan teknologi pertanian moden, Fajar Trade berusaha membawa paradigma ke arah pemakanan organik khususnya ikan air tawar di Malaysia. Melalui pemakanan ternakan yang bebas dari sebarang bahan kimia, FajarTrade berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pemakanan organik yang menguntungkan pelbagai pihak di mana kita mampu mengeksport ke pasaran global dan memenuhi permintaan pasaran glokal.
Pada awalnya, pembabitan Fajar Trade dalam bidang pertanian adalah secara kecil-kecilan bagi pengusaha yang mempunyai modal sendiri. Dengan tujuan merialisasikan Rancangan Malaysia Ke-9, Fajar Trade telah mengambil langkah proaktif dengan mempelopori Program Penternakan Adalah Perniagaan dalam melahirkan usahawan tani yang berwawasan dan berdaya saing.
Berasaskan kajian dan pembangunan dalam bidang pertanian yang diinovasi UPM dan Kementerian Pertanian, Fajar Trade terus mengorak langkah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pertanian yang mengaplikasikan pertanian moden melalui pemindahan teknologi kepada pengusaha.
Dengan kerjasama agensi - agensi kerajaan, koperasi dan korporat yang terlibat, Fajar Trade yakin Program Penternakan Adalah Perniagaan dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.

1 comment:

Rohani said...

tahniah kepada fajar trade..
kerana telah banyak membantu saya dalam bidang penternakan