Tuesday, November 25, 2008

Kenapa Pilih Keli Kanvas???

Sesetengah orang mungkin tertanya
tanya apa keistimewaannya keli kanvas berbanding ikan keli biasa yg diternak didalam kolam tanah. Disini kami senaraikan keistimewaan keli yg diternak didalam kanvas berbanding ikan keli biasa.

IKAN KELI BERPROTEIN TINGGI
protein dan kandungan asid lemak Omega 3 yang baik untuk kesihatan.

KURANG BERBAU HANYIR
digemari untuk pemakanan oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

IKAN CEPAT MEMBESAR DALAM 2 BULAN
membolehkan mendapat pulangan yang cepat dan mempunyai nilai ekonomi.

TIDAK MEMERLUKAN KAWASAN YANG LUAS
kos pembangunan dan operasi yang rendah

MUDAH
Mudah diternak dan dibiakkan, tahan lasak terutama dari serangan penyakit, perubahan cuaca dan persekitaran.

LUMAYAN
Dengan harga yang kompetitif dan harga pasaran yang baik mendatangkan pulangan yang lumayan.

KEPELBAGAIAN
Mempunyai prospek pasaran yang luas melalui kepelbagaian produk halal yang boleh dihasilkan daripada ikan keli.

KEMASYARAKATAN
Memberikan pelbagai peluang pekerjaan untuk menambah pendapatan masyarakat seperti golongan ibu tunggal dan berpendapatan sederhana.

MODAL INSAN
- Memberikan latihan dan kemahiran teknologi kepada golongan belia dan penduduk luar bandar. Jadi kepada sesiapa yg ingin memulakan ternakan keli dalam kanvas amat kami alu-alukan.
-Ianya boleh menambah sumber pendapatan kita dikala suasana ekonomi yg tidak menentu ini atau mungkin menjadi sumber pendapatan utama jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
-Jika memerlukan khidmat nasihat dari kami FajarTrade
sila hubungi kami ditalian yg disediakan seperti di bawah
-Industri pemakanan adalah industri yang menguntungkan.
-017-291 4700 / 013-266 7866

Sunday, November 23, 2008

PROSES PENUAIAN HASIL TERNAKAN


PROSES PENYELENGGARAAN KOLAM


PROSES PENJAGAAN


PROSES KEMASUKAN BENIH


PROSES PEMASANGAN INFRA KOLAM


PROSES PEMBAYARAN


PROSES PERJANJIAN


PROSES PROJEK AKUAKULTUR


STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM


PRODUK & PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Khidmat Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D).
Fajar Trade menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari segi teknologi pemakanan ternakan, pertanian, penternakan dan akuakultur dengan usahasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pelbagai agensi kerajaan dalam memantapkan perkembangan teknologi pertanian. Dengan teknologi dan pengalaman yang ada, Fajar Trade sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk organik dari semasa ke semasa. Melalui perpindahan teknologi pertanian moden dan inovasi kepada para pengusaha, Fajar Trade dapat memberi impak yang positif dalam industri agro negara.

Khidmat Sokongan Latihan.
Sebagai pengusaha yang baru menceburi dalam bidang pertanian, latihan amatlah diperlukan untuk melahirkan usahawan yang dedikasi dan berwawasan. Dengan adanya tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang akuakultur serta kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia dan agensi kerajaan, Fajar Trade menganjurkan pelbagai jenis kursus serta seminar sama ada dalam bentuk teori dan juga praktikal kepada pengusaha-pengusaha yang berminat untuk menceburi bidang akuakultur dan agrikultur.

Khidmat Nasihat Teknikal & Pengawalan Mutu.
Khidmat nasihat teknikal dan pengawalan mutu juga disediakan kepada pengusaha-pengusaha bagi memastikan Program Penternakan Adalah Perniagaan berjaya dilaksanakan. Pemantauan yang berjadual adalah amat penting bagi memastikan mutu dan kualiti produk berada dalam keadaan yang terkawal. Memandangkan pengusaha-pengusaha mendapat suntikan modal dari segi pinjaman, adalah menjadi tanggungjawab Fajar Trade memastikan pengusaha-pengusaha mempunyai arah tuju dan garis panduan dalam menjayakan program ini dan seterusnya merialisasikan misi utama syarikat untuk melahirkan modal insan. Program ini juga akan dipantau oleh beberapa agensi kerajaan dan juga swasta supaya pelaksanaan Program Penternakan Adalah Perniagaan ini berjalan dengan lancar dan efektif.

Pengeluaran Makanan Rumusan.
Pemakanan yang baik, berkualiti dan berjadual akan memberi impak yang positif kepada pertumbuhan ternakan. Justeru itu, Fajar Trade menjalinkan kerjasama dengan pengilang makanan ternakan tempatan untuk merumus nutrisi makanan ternakan yang berkualiti bagi menghasilkan produk asas tani yang bermutu dan berdaya saing dengan kehendak pasaran.

Khidmat Rekabentuk & Membina Infrastruktur Ternakan.
Di samping inovasi dan teknologi yang dimiliki oleh Fajar Trade dalam bidang pertanian, penyediaan infrastuktur ternakan juga dibuat oleh Fajar Trade supaya spesifikasi infrastruktur ternakan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan. Dengan kerjasama vendor dan kontraktor yang dilantik, ciri-ciri spesifikasi kolam- kolam kanvas yang dibuat adalah seragam dari segi fizikal dan material.

Platform Pemasaran.
Fajar Trade akan menjadi penaja dan membeli balik produk-produk organik yang dihasilkan oleh pengusaha dalam program ini. Fajar Trade akan meningkatkan produk tambah nilai dan kepelbagaian melalui Intergrated Quality Management Program sebelum produk organik tersebut sampai ke tangan pengguna. Fajar Trade akan membuat penjanjian beli balik hasil penternakan secara bertulis supaya masalah pemasaran kepada pengusaha-pengusaha dapat diselesaikan.

Pengenalan

Fajar Trade adalah merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada untuk menyahut seruan kerajaan dalam menjana ekonomi rakyat Malaysia melalui pertanian, khususnya dalam bidang akuakultur dan penternakan. Dengan mengaplikasikan teknologi pertanian moden, Fajar Trade berusaha membawa paradigma ke arah pemakanan organik khususnya ikan air tawar di Malaysia. Melalui pemakanan ternakan yang bebas dari sebarang bahan kimia, FajarTrade berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pemakanan organik yang menguntungkan pelbagai pihak di mana kita mampu mengeksport ke pasaran global dan memenuhi permintaan pasaran glokal.
Pada awalnya, pembabitan Fajar Trade dalam bidang pertanian adalah secara kecil-kecilan bagi pengusaha yang mempunyai modal sendiri. Dengan tujuan merialisasikan Rancangan Malaysia Ke-9, Fajar Trade telah mengambil langkah proaktif dengan mempelopori Program Penternakan Adalah Perniagaan dalam melahirkan usahawan tani yang berwawasan dan berdaya saing.
Berasaskan kajian dan pembangunan dalam bidang pertanian yang diinovasi UPM dan Kementerian Pertanian, Fajar Trade terus mengorak langkah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pertanian yang mengaplikasikan pertanian moden melalui pemindahan teknologi kepada pengusaha.
Dengan kerjasama agensi - agensi kerajaan, koperasi dan korporat yang terlibat, Fajar Trade yakin Program Penternakan Adalah Perniagaan dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.